Friday, July 1, 2022

Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum dan hai semua! Jadi, pejam celik, pejam celik dah minggu 14 dah kami rakan sekelas dalam kelas multimedia bersama dengan Prof Normaliza. Hmm... Kalau ikutkan, tak tahu nak cerita apa sebab banyak benda nak tulis. Nak diringkaskan, masa awal-awal dulu, pertama kali dengar suara Prof Normaliza ni, terfikir mesti dia seorang yang garang. Ha ye lah sebab suara dia yang jenis lantang dan nyaring. Tugasan pula, macam biasa lah, awal-awal fikir mesti senang punya, eh lama-lama makin banyak, tapi bak kata Prof sendiri, nak buat boleh, tak nak buat sudah, markah sama, yang membezakan nanti markah individu. Ha begitulah lebih kurang. Ha lagi satu yang prof selalu sebut, "Jangan mengeluh". Masa dapat banyak tugasan dalam satu-satu masa, rasa macam nak mengeluh tapi nak tak nak kena buat juga, ha ye lah dah nama pun tugasan. Sepanjang berada dalam kelas ni, saya banyak belajar tentang fotografi, asas videografi, cara nak lead bila perlu terutamanya dalam kumpulan.

Oh, sepanjang bersama kumpulan saya, SaPe Production, kami banyak bekerjasama dalam melakukan video, fotografi mengikut tugasan yang diberikan. Tipu la kalau kami tak ada bagi idea yang pelik-pelik masa nak buat video hahahahaha. Masa meeting pun boleh tiba-tiba beralih topik macam "nak jalan pergi mana?", "jom jalan gi KL lepas habis semua tugasan". Paling tak boleh lupa masa buat video dokumentari. Masa editor edit video, dia tetiba chat kat group cakap tak cukup minit dan kami sekumpulan apa lagi, gelabah la turun nak buat tambahan video untuk cukupkan minit dalam video. Macam-macam cabaran masa nak rekod last minit malam tu, ye la dengan abang burger yang bukak lagu, hujan lagi, lepas tu kena tunggu salah seorang ahli habis kelas, ada juga yang ada rehearsal program tak dapat nak join sama. Jadi kami rekod dengan ahli yang ada je la. Terima kasih kepada ahli-ahli SaPe Production, Farid, Syaqirah, Hannah, Mariana, Ilman, Ong, Zulaika, Law, Najwa, dan Hamidah sebab sama-sama menjayakan tugasan yang diberikan. Nak belanja gambar sikit ahli-ahli SaPe Production yang mantap, kacak, dan cantik semuanya. πŸ˜†πŸ’—πŸ’—





Kehadiran 1/7/2022:



Wednesday, June 29, 2022

Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ini (29/6/2022) merupakan pembentangan kumpulan. Kumpulan SaPe Production merupakan kumpulan pertama untuk membentang dan kami mempunyai masa 30 minit untuk membentangkannya. Kami dapat menghabiskan pembentangan tepat pada masa.


Pautan slaid pembentangan Buku Multimedia dalam Bahasa:

https://www.canva.com/design/DAFD8MRKuqo/qwt9XckAJeHxAca7bdvQxw/view?utm_content=DAFD8MRKuqo&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=publishpresent


Gambar muka depan slaid pembentangan kumpulan SaPe Production


Kehadiran Kuliah 29/6/2022:

Kehadiran Amali 1/7/2022:



Wednesday, June 22, 2022

Pembentangan Podcast

Assalamualaikum dan hai semua! Welcome back to my blog! Ecewah nak speaking pula. HAHAHAHA. Walaupun agak tiber tapi tu la kan, kita nak menarik perhatian. Mesti ada punya catchy line yang menarik. Jadi, kali ni tugasan kami perlu buat pembentangan individu mengenai podcast. Hari ni (22/6/2022), masaa kuliah bentang tentang podcast.


Jadi, tajuk podcast yang saya pilih untuk bentang pada hari ni daripada saluran YouTube Sterk Production yang bertajuk "PodcaSTERK: RELATIONSHIP". Daripada podcast ini, saya mendapat banyak perkara seperti fasa-fasa dalam perhubungan dan tips dalam sesebuah perhubungan tersebut. Podcast ni berdurasi 35 minit. Jadi, selama itulah saya mendengar podcast ini. Para hos dalam podcast ini bercerita dan berkongsi pendapat mereka mengenai hubungan atau relationship mereka.


Apa yang dapat saya rangkumkan daripada pendapat dan pengalaman para hos mengenai fasa-fasa dalam perhubungan adalah setiap hubungan pasti akan menghadapi masalah. Ia umpama rollercoaster yang memerlukan setiap pasangan untuk sentiasa peka dalam sesebuah perhubungan. Ada juga antara para hos yang menyimpulkan hubungan ini seperti filem, yang ada babaknya yang tersendiri dan pada suatu tahap, apabila filem tersebut mencapai kemuncak, pasti ada turun naiknya filem tersebut. Begitulah juga dengan hubungan.


Namun begitu, terdapat juga pasangan yang mengikuti terlalu mengikuti filem-filem Hollywood yang jalan ceritanya sentiasa berakhir dengan bahagia. Bak kata Farhan, salah seorang hos dalam podcast tersebut, "Audience perlu lebih berfikir berbanding dengan berangan. Berangan itu bahaya walaupun free." Ada juga yang mengatakan bahawa jika kedua-dua pihak lelaki dan perempuan ikutkan perasaan masing-masing, apa pun tidak akan jadi. Akan tetapi, nak tak nak setiap pasangan akan melalui fasa-fasa ini, biasalah kalau awal-awal, masih angau dimabuk cinta katakan. Eh, lah tiberr. HAHAHAAH.


Selain itu, tips yang mereka berikan mungkin sedikit, iaitu hanya dua tips dalam perhubungan tetapi dua tips itulah yang menjadikan sesebuah perhubungan itu berjaya walaupun hubungan tersebut merupakan hubungan jarak jauh. Dua tips tersebut adalah percaya dan komunikasi. Salah seorang hos mengatakan bahawa, nak tak nak lelaki ni nak kena adapt  dengan situasi yang berlaku. Ada juga yang mengatakan bahawa setiap pasangan itu perlu percaya dengan pasangan mereka masing-masing. Contohnya, Farhan mengatakan bahawa jika nak meletakkan kepercayaan itu, kita kena ingat kenapa orang yang single ni memilih untuk berada dalam sesebuah hubungan. Bak kata Mirol, "Takkan nak go through benda yang sama dengan orang yang berbeza."


Komunikasi adalah penting dalam setiap perhubungan. Zaid menjelaskan bahawa dia akan menggunakan metod atau cara baru semasa bersama dengan orang yang baru, kerana baginya berkemungkinan terdapat salah silap pada cara yang lama dan dia mengambil iktibar daripada cara yang lama itu. Dia betulkan semula dengan cara yang baru, iaitu belajar balik daripada silap yang lalu. Komunikasi itu sangat penting kerana bagi mereka, mereka itu telah dewasa, bukan seperti pada zaman-zaman sekolah dulu, semua nak berkepit, nak kena bagitau, nak makan sama. Mereka ni dah pada tahap atau fasa dengan niat nak berkahwin dengan pasangan mereka.


Pautan slaid bagi Podcast:


https://docs.google.com/presentation/d/18NMDp5mp7VKnrxQkNrvgUlRmDVnkfK8i-FK11_L5nCg/edit?usp=sharing

Gambar muka depan slaid pembentangan podcast


Kehadiran Kuliah 22/6/2022:


Kehadiran Amali 24/6/2022:



Thursday, June 16, 2022

Kehadiran Minggu 12

Kehadiran Kuliah 15/6/2022:

Kehadiran Amali 17/6/2022:


Asas Videografi: Video Dokumentari

Assalamualaikum dan hai semua!! Kembali lagi bersama saya, Zana. Hehehehe. Nak bagi semangat ni, tu yang kena semangat untuk intro. Jadi, kali ni pasal apa? Mestilah pasal video lagi. Hmmm... Banyak dah video yang dibuat. Kali ni video dia agak sedikit formal tapi tidak terlalu formal. Kali ni, kita nak cerita pasal pembikinan dan di sebalik tabir video dokumentari.


Perjumpaan untuk meeting diadakan dua kali atas sebab-sebab tertentu tapi kami dapat menetapkan apa yang patut pada perjumpaan kedua.

Meeting pertama pada 13 Jun 2022



Meeting kedua pada 15 Jun 2022


Kami telah memilih satu isu mengenai "Hate Speech" atau dalam bahasanya, kecaman kebencian. Kami membahagikan tugasan kepada setiap ahli. Masa semakin suntuk jadi kami perlu lebih fokus dalam pembikinan video ini.


Keesokan harinya, kami, SaPe Production, berkumpul pada waktu tengah hari kira-kira jam dua petang kerana pada masa itu, kebanyakan ahli ada masa yang terluang. Sebagai salah seorang yang wartawan yang perlu bercakap semasa dalam video dokumentari ini dan juga sebagai pengolah skrip, agak mencabar untuk melakukan keduanya.


Sebagai wartawan, keadaan keliling yang bising dan memerlukan masa yang tepat untuk merakam pada saat tidak bising. Sebagai pengolah skrip bersama dengan Najwa, kami perlu membuat skrip yang bersesuai dengan setiap ahli, selain menambah baik setiap skrip apabila ada yang memberikan idea.


Jom tengok beberapa gambar di sebalik tabir pembikinan video dokumentari ni.


Rupa-rupa orang yang sedang tunggu giliran nak shoot


Fokus sekali ye mereka bertiga ni


Najwa yang sedang sakit masa ni pun turun sekali sebab nak siapkan video ni


Penantian 2.0 hahahahaha 🀣


Alahai comel je Ira ni πŸ˜†


Berpadatlah asal nampak muka 🀣


"Jap, jap belum ready lagi dah ambik." -Najwa 2022


Tetaplah tersenyum untuk gambar, gituuu


Excited nak pulang Sarawak ke tuu?


Tu apa yang kami buat pada petang tu. Eh, tiba-tiba malam tu, bila editor beritahu yang video tak cukup minit, kami terus berkumpul semula untuk rakam semula. Ada juga yang rakam sebagai penambahan isi mereka petang tu. Apa lagi, kelam kabut la nak tambah ayat kat skrip. Nasib baik juga ahli lain, buat dan tambah sendiri isi mereka, jadi saya tak ada la pening-pening nak fikir ayat mereka macam mana. Saya cuma tengok balik kesesuaian ayat sahaja.


Malam tu pula, dengan hujannya, dengan bunyi kereta yang lalu lalang, dengan bunyi lagu abang burger, kami berjaya siapkan rakaman malam tu.


Ni lah rupa seorang Zana yang social energy nya telah habis, sambil tu tengah download video



Masih keliru siapa punya telefon dah sekarang ni sebab banyak gambar mereka dari gambar diri sendiri kat galeri gambar 🀣


Rupa kami yang sedang tunggu ahli lain, yang belum rakam video. Penantian itu sungguh lama ye


Makin rancak pula bercerita ni. Apa-apa pun, walaupun dengan kejadian kelam kabut kami pada malam tu, kami dapat siapkan video dokumentari ni dengan jayanya. Mari tengok hasil video kami!


Pautan Video Dokumentari: https://youtu.be/l1aXOAm2LmQ


Kehadiran:





Wednesday, June 15, 2022

Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tugasan kali ni memerlukan kamu untuk melakukan pembentangan berkumpulan mengenai buku Multimedia dalam Bahasa. Setiap ahli kumpulan diagihkan sama rata untuk membentangkan bahagian masing-masing. Pembahagian adalah adil dan setiap ahli kumpulan memberikan kerjasama dalam pembahagian tugasan. Masa pembentangan yang diberikan adalah selama 30 minit untuk satu kumpulan.

Giliran pembentangan adalah mengikut kumpulan seperti yang berikut:

  1. SaPe Production
  2. KJK Production
  3. Romulo Production
  4. Atma Perwira Production
  5. VA Production
Saya merupakan ahli kumpulan bagi SaPe Production dan kami merupakan kumpulan pertama untuk membentangkan resensi buku ini.


Kehadiran 15/6/2022:



Podcast

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tugasan podcast yang diberi kali ni memerlukan kami untuk memilih satu podcast untuk dibentangkan pada minggu ke-13. Bagi tugasan ni, setiap pelajar boleh pilih podcast daripada channel yang sama tetapi tajuk mestilah berbeza. Pembentangan podcast memerlukan kami untuk menceritakan tentang podcast, sedikit latar belakang podcast, keistimewaan podcast, dan kandungan yang terdapat dalam podcast tersebut.

Giliran pembentangan adalah mengikut kumpulan dan setiap ahli dalam kumpulan tersebut akan menentukan giliran masing-masing untuk membentang. Giliran pembentangan mengikut kumpulan adalah seperti berikut:

  1. SaPe Production
  2. KJK Production
  3. Romulo Production
  4. Atma Perwira Production
  5. VA Production
Saya merupakan salah seorang ahli kumpulan bagi SaPe Production dan merupakan pembentang kedua dalam kumpulan untuk melakukan pembentangan podcast ini. Saya memilih podcast yang bertajuk "PodcaSTERK: Relationship" dari channel YouTube Sterk Production.

Kehadiran 15/6/2022: