Tuesday, May 17, 2022

Asas Videografi: One Shot

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Kembali lagi pada posting kali ini. Pada kali ini, saya dan rakan sekelas telah mempelajari satu ilmu baru, iaitu mengenai one shot. Apa itu video one shot? Mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu video one shot ini. Mari saya jelaskan serba sedikit mengenai video one shot ini berdasarkan apa yang telah saya pelajari dalam kelas.


Video one shot ini merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video one shot ini tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian akhir, iaitu bahagian kredit. Video one shot ini hanya menunjukkan mimik nyanyian individu atau kumpulan serta pergerakan berdasarkan lagu yang dipilih.


Bagi kumpulan saya, iaitu kumpulan SaPe Production, kami sekumpulan telah memilih lagu Raya Raya Raya yang dinyanyikan oleh Dolla. Pada awalnya, latihan tarian untuk lagu ini, dilakukan secara individu sebelum berlatih bersama dengan ahli kumpulan lain. Agak sukar juga untuk menari tarian lagu ini kerana terdapat pergerakan terutama, pergerakan kaki yang memerlukan fokus dan perhatian yang betul supaya pergerakan tarian selari.


Pada hari kami merakam untuk video one shoot ini, kumpulan saya memilih dan mencari kawasan yang sesuai untuk merakan video, iaitu di Bukit Ekspo, UPM. Pada pagi itu, kami sepatutnya berkumpul pada pukul tujuh pagi namun akhirnya kami semua berkumpul dan bergerak pada pukul lapan. Tanpa disangka, apabila kami tiba di Bukit Ekspo, hujan renyai-renyai dan kami mencari tempat terlindung untuk seketika dan memastikan keadaan reda sebelum memulakan rakaman.


Sambil-sambil tunggu hujan reda, kami menjamu selera dengan biskut dan kuih raya yang di bawa. Raya kan sebulan, jadi tu lah jamuan ringkas kami sebagai alas perut. Siapa sangka, pada awalnya kami sekumpulan agak sukar untuk mengikut rentak lagu bersama dan akhirnya kami dapat melakukannya. Jadi saya sertakan pautan video untuk video one shot ini.

Pautan video One Shot: https://youtu.be/VORRl1G5b7U


Kehadiran pada 11/5/2022



No comments:

Post a Comment