Friday, April 1, 2022

BBM3410-2022-Biodata Diri

Pengenalan Diri

Nama: Nur Zanariah binti Madihi

No Matrik: 206379

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama diberi Nur Zanariah binti Madihi. Ya, itulah diriku. Aku merupakan anak kelahiran bumi kenyalang. Siapa yang tidak tahu kan negeri Sarawak yang merupakan salah satu negeri terbesar di Malaysia. Kebanyakan orang hanya memanggil aku dengan gelaran Zana. Pada tahun ini, aku berumur 22 tahun.

Aku seorang gadis yang berbangsa Melanau, yang lahir di Mukah, Sarawak. Tempatku membesar mungkin biasa sahaja namun di situlah segala kenangan tercipta bersama keluarga yang tersayang. Setiap kali aku berbicara dalam bahasa Melanau, sesiapa yang mendengarnya pasti akan mengatakan bahawa bahasa tersebut seperti bahasa Filipina.

Kini, aku telah mengikuti pembelajaran di UPM selama empat semester dan kesemuanya melalui atas talian akibat daripada panddemik COVID-19. Namun begitu, aku dapat mengenali ramai rakan sebaya semasa belajar dan ini juga merupakan pengalaman aku yang pertama, iaitu berjauhan daripada keluarga yang tersayang.

Itu sahajala yang ingin aku sampaikan pada hari ini dan harap hari anda yang membaca mempunyai hari yang indah.

No comments:

Post a Comment