Wednesday, June 15, 2022

Asas Videografi: Video Seram

Assalamualaikum dan hai semuaa!!! Jadi kali ni pasal video apa? Mesti nak tahu kan? Kali ni, nak cerita sikit macam mana kami sekumpulan (SaPe Production) buat video untuk video seram. Hmmm, macam menarik bukan? Haa ni lah yang korang mesti tahu. Nak cerita la sikit macam mana perjalanan kami sepanjang buat video seram ni.

Jadi, macam biasa lah kan, kami adakan meeting pada malam hari. Ha yelah kan, semua sibuk pada siang hari dan kami hanya ada masa pada malam hari je untuk bincang tentang video ni.




Meeting untuk video seram pada 1 Jun 2022


Kami mendengar jalan cerita yang daripada pengarah, iaitu Zulaika. Dia menjelaskan jalan cerita bagi video seram ini. Kami juga menetapkan Mariana sebagai pelakon utama, Farid sebagai ustaz, Ong menjadi hantu, Najwa, Law, dan Ilman menjadi rakan kepada Mariana dalam video seram.


Pada hari kejadian, kami berkumpul dahulu sebelum bergerak untuk pergi ke tempat untuk merakam video. Kami merekam video seram ini di Surau Al-Hidayah, Kolej Canselor. Kami perlu merakam dengan serius kerana kami hanya dibenarkan untuk membuat rakaman dan selesaikan semua sebelum Asar. 


Pelakon hantu kamu sangat comel dan kami yang di belakang tabir, membntu dia untuk bergerak ke tempat yang tertentu apabila diperlukan sebab dia tak nampak. Paling melucukan apabila dia terkejut apabila mendengar bunyi kucing, melompat terus dia. 🤣


Jom jenguk-jenguk gambar dan video di sebalik tabir pembikinan video seram ni!


Alahai comel je Ong terkejut sebab bunyi kucing


Sebelum tu, recap balik jalan cerita supaya tak tersalah


Beginilah gigihnya si videografer, Syaqirah, untuk merakam scene


Macam ni lah rupa saya (kiri) dan dua orang pelakon yang masih kat luar sedang tunggu giliran mereka (Law - tengah; Ilman - kanan)


Comel la pulak Ong (watak hantu) dengan Hannah ni


Ni lah dia SaPe Production yang dengan jayanya telah siap merakam untuk video seram


Ni lah rupa orang yang kepenatan setelah merakam video seram

Haaa, dah tengok banyak gambar kan? Jom tengok hasil rakaman kami pula.

Pautan Video Seram: https://youtu.be/3F_7YUd76Jg

Kehadiran:



No comments:

Post a Comment