Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Pada kali ini, saya telah mempelajari mengenai asas fotografi flatlay. Nak tahu tak apa itu flatlay? Flatlay merujuk kepada cara gambar atau foto yang diambil oleh seseorang. Ada empat jenis flatlay, iaitu:
Flatlay: kamera yang diletakkan dibetulkan 90 darjah dan gambar nampak dibetulkan diambil dari atas
Half flatlay: kedudukan kamera yang 45 darjah daripada item dan gambar seperti diambil dari sisi atas
Quarter flatlay: kedudukan kamera yang lebih kurang 22.5 darjah daripada item
Zero flatlay: kedudukan kamera yang diletakkan di atas lantai ataupun meja dan lain lain
Jadi pada pembelajaran kali ini, kami satu kumpulan diminta untuk mengambil gambar flatlay mengikut tema yang berbeza yang telah dipilih. Melalui pembelajaran kelas kali ini, saya dapat mempelajari cara dan teknik yang baru dalam mengambil gambar ini.
Berikut merupakan pautan untuk bagi video asas fotografi flatlay bagi kumpulan SaPe Production.
No comments:
Post a Comment