Wednesday, April 6, 2022

BBM3410-2022-ASAS GRAFIK-SAPE PRODUCTION

 



1. Mudah

Tema: Haiwan

Asas grafik mudah merupakan foto atau video yang dapat difahami. Mudah juga merupakan sesuatu mesej yang ingin disampaikan melalui grafik juga dapat difahami dengan baik tanpa sebarang kekeliruan (Normaliza Abd Rahim, 2019:71). Misalnya, seperti gambar di atas, kita dapat mengetahui gambar tersebut menunjukkan seekor panda.

Rujukan: Oya Beach Atv, Oya, Dalat, Sarawak
Tema: Kawasan Riadah

Berdasarkan gambar di atas, kita dapat lihat asas grafik mudah kerana kita tahu bahawa ianya merupakan kawasan riadah di tempat tersebut. Oya Beach Atv merupakan satu kawasan riadah untuk pengunjung yang datang. Selain itu, motor-motor atv juga dapat dilihat, yang menunjukkan bahawa itulah yang merupakan riadah utama di tempat tersebut.

2. Warna


Rujukan: Pantai di Oya, Dalat, Sarawak

Tema: Pemandangan

Warna merujuk kepada kombinasi warna atau penggunaan warna dalam sesuatu grafik. Sesuatu grafik kebiasaannya tidak menggunakan lebih daripada tiga warna, namun jika terdapat banyak warna, lima warna adalah paling maksimum dalam sesebuah grafik. Misalnya, dalam gambar pertama, pemandangan tersebut menunjukkan warna dominan, iaitu biru, putih, dan hijau. Dalam gambar yang kedua pula, warna dominan yang dapat dilihat dalam gambar adalah, warna biru, coklat, dan putih.

3. Teks

Tema: Iklan

Teks merupakan tulisan yang terdapat dalam sesebuah grafik. Penggunaan teks yang berbeza dalam sesebuah grafik adalah untuk menarik perhatian orang ramai. Misalnya, seperti dalam iklan Oreo di atas, penggunaan teks yang berbeza dalam iklan menarik perhatian orang ramai untuk membeli terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Rujukan: Buku Ablasa
Tema: Buku

Penggunaan teks dalam grafik seperti buku adalah penting untuk menarik pembaca membeli buku tersebut. Selain daripada grafik gambar yang digunakan, penggunaan teks dalam grafik itu juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pembeli. Misalnya, dalam gambar di atas, buku Ablasa ini menarik perhatian saya untuk membelinya selain daripada gambar grafik, teks yang terdapat di halaman muka depan buku itu juga menarik perhatian saya kerana penggunaan teksnya yang begitu kreatif.

4. Kesesuian


Rujukan: Pemandangan di sebuah pantai di Miri, Sarawak

Tema: Pemandangan

Kesesuaian dalam grafik didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar, iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto ataupun video (Normaliza Abd Rahim, 2019: 73). Misalnya, dalam gambar pertama di atas, ikan lumba-lumba merupakan watak bagi pemandangan tersebut. Ikan lumba-lumba yang melompat di laut dalam dilihat. Dalam gambar yang kedua, pemandangan pantai serta ombak yang menghempas pantai dapat dilihat dan sesuai dengan latar tempat.

5. Keseimbangan


Rujukan: Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia, Serdang
Tema: Pemandangan

Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudkan adalah ruang kiri dan kanan serta ruang atas dan bawah. Misalnya, dalam gambar pertama, ruang kiri dan kanan adalah seimbang kerana terdapatnya jendela yang terbuka manakala ruang atas dan bawah pula seimbang antara langit dan laut yang berombak. Bagi gambar kedua, ruang kiri dan kanan adalah seimbang kerana terdapat pokok di kiri dan kanan, manakala ruang atas dan bawah juga seimbang kerana terdapat langit serta lantai pemandangan yang dipenuhi rumput serta jalan.


Berikut merupakan persembahan video daripada kumpulan SaPe Production, yang mempersembahkan grafik asas:

https://youtu.be/Rczh5dybQlI


SELAMAT MENONTON DAN TERIMA KASIH!

Kehadiran pada Minggu 2 (30 March 2022)


KUMPULAN 4 - SaPe PRODUCTION 

1. MOHAMMAD ILMAN WAFEY BIN MAT DIN (205498)
2. SHARIFAH HANNAH ADIBAH BINTI WAN SERAIL (205518)
3. LAW XIAO PEI (205722)
4. NUR SYAQIRAH BINTI MOHAMAD AZEMI (206297)
5. NUR ZULAIKA BINTI MAT (206362)
6. NUR ZANARIAH BINTI MADIHI (206379)
7. ONG XIAO HUI (206517)
8. HAMIDAH BINTI JAMALUDIN (206622)
9. NURUL NAJWA BINTI MD NIZAM (206640)
10. MARIANA BINTI JAMALUDDIN (206961)
11. MUHAMMAD FARID BIN AB RAHIM (207119) KETUA



No comments:

Post a Comment