"Tidak ada mimpi yang terlalu tinggi untuk dicapai, yang ada hanya niat yang terlalu rendah untuk melangkah."
Monday, May 30, 2022
Asas Videografi: Video Fokus / Tanpa Wajah
Assalamualaikum dan hai semua!! Kembali lagi pada kali ni dengan pembikinan video yang lain. Ecewah >.< Nak tahu tak apa kumpulan kami buat kali ni? Kali ni kami buat video fokus tanpa wajah. Agak sukar sikit sebab saya merupakan pelakon dalam video fokus ni bersama dengan Farid.
Seperti biasa kami meeting dulu sebelum nak shoot. Takkan la nak terus shoot kan? Hahahaha. Meeting kami sentiasa malam sebab kalau siang semua sibuk dengan kelas dan tugas masing-masing. Kami memutuskan untuk memfokuskan pada bunga.
Kumpulan kami, SaPe Production telah memilih lagu Kaulah Syurga yang dinyanyikan oleh Khai Bahar dan Lia Aziz. Walaupun pada awal video tu gembira, manis je, tapi akhirnya tetap sedih. Mantaplah orang yang bagi idea ni. Sangat berpuas hati walaupun tak nampak muka tapi feel dia sampai.
Buat scene kat padang, ada juga cabaran kat situ. Tiba-tiba hujan pulak masa nak buat scene kat situ. Redah je la, masa dah renyai-renyai yang penting dapat siap dan shot pun terbaik, gitu. Hahahahah.
Jom lah saya tunjukkan sikit gambar-gambar di sebalik tabir semasa kami shoot video ni.
Videografer Syaqirah (depan) nampak comel kat situ ye >.<
Bak kata Syaqirah "Bunga pun layu macam mana nak bahagia?"
Dah siap semua, jom tengok hasil video yang telah kami buat. Selamat menonton!
Pautan Video Fokus Tanpa Wajah: https://youtu.be/MFzH7J0xRrc
Kehadiran:
Friday, May 27, 2022
Tiktok: Senaman Ringan
Senaman Ringan untuk Pelajar Universiti
Setiap pelajar memerlukan senaman ringan untuk merehatkan badan setelah seharian menjalani kelas. Seperti saya, saya telah berkongsi senaman ringkas dalam akaun Tiktok untuk diikuti. Senaman ringan yang dikongsi merupakan senaman yang senang dan mudah untuk diikuti oleh setiap yang bergelar pelajar.
Berikut berupakan pautan Tiktok bagi senaman ringan yang telah saya kongsikan:
Senaman Ringan untuk Pelajar Universiti
Semoga bermanfaat!
Thursday, May 26, 2022
Asas Videografi: One Shot Three Layer
Assalamualaikum dan hai semua!! Jadi kali ni, nak cerita sikit pengalaman masa buat video untuk one shot three layer ni. Hmm... Agak sukar sebenarnya sebab kami perlu pilih tempat yang boleh nampak sesuatu bergerak kat belakang macam kereta, bas, dan sebagainya.
Agak mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi sebab cuaca panas dan kami perlu mengambil rakaman beberapa kali sebab pergerakan keluar masuk kamera tidak sesuai dan terdapat juga kami tergelak semasa melakukan rakaman.
Jom tengok gambar-gambar di sebalik tabir!
Busana yang saya pakai masa rakaman video one shot three layer
Bila tengah nak tengok balik video yang diambil tapi nak bergambar dulu
SaPe Production (kurang seorang - Ilman sebab dia kat rumah)
Apa-apa pun itulah beberapa gambar di sebalik tabir semasa buat video one shot three later ni. Nak tengok macam mana kami buat, tengok la video kat bawah ni.
Pautan Video One Shot Three Layer: https://youtu.be/XMhlKTpvCQ4
Kehadiran:
Subscribe to:
Posts (Atom)