Monday, May 30, 2022

Asas Videografi: Video Lagu

Assalamualaikum dan hai semua!! Hmm kali ni saya nak cerita sikit tentang kumpulan kami semasa buat video lagu. Seperti biasa kami meeting dahulu untuk sebelum shooting untuk video ni. Pengarah menjelaskan jalan cerita yang akan dilakukan oleh pelakon nanti.


Pelakon bagi video lagu ini adalah Farid dan Syaqirah. Untuk video kali ni, mereka terpilih sebagai pelakon bagi video lagu ni. Busana yang mereka pakai pada hari untuk shooting juga telah ditetapkan mengikut kesesuaian jalan cerita.


Shooting kami kali ni di Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dan Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Shah. Paduan lakonan Farid dan Syaqirah memang mantap lah. Videografer kami bagi video ni adalah Mariana. Banyak kali ambil jugak untuk satu-satu scene sebab ada masa mereka tergelak, ada juga sebab pencahayaan kurang. Tapi apa-apa pun, semua tetap berjalan dengan lancar.


Oh, lupa, sebab pengarah, iaitu Law, tak dapat hadir di lokasi, jadi penolong pengarah, Hannah lah yang memberikan arahan semasa proses penggambaran. Law pun ada juga pantau kami buat video dengan video call agar semua berjalan lancar seperti yang diharapkan. Panas-panas pun kami redah sebab nak siapkan video lagu ni, jadi saya sebagai penata rias dan busana ni kena sentiasa pastikan kedua-dua pelakon ni sentiasa bersedia.


Susah pulak nak cerita banyak-banyak ni. Jom tengok gambar-gambar di sebalik tabir semasa kami shoot video ni.

Ni lah dia pelakon-pelakon utama kita, Farid (kiri) dan Syaqirah (kanan)


Comel je dorang ni: Ira (kiri), Hamidah (tengah-dengan payung), Zulaika (kanan)


Alahai dorang berdua ni, bergambar sikit dengan dua pelakon utama ni 😆


Jadi, dah tengok gambar, jom tengok video pula. Pautan video lagu Dua Insan seperti yang berikut. Selamat menonton!

Pautan Video Lagu Dua Insan: https://youtu.be/9QkHoKr4Kfw


Kehadiran:



No comments:

Post a Comment