Monday, May 30, 2022

Asas Videografi: Video Fokus / Tanpa Wajah

Assalamualaikum dan hai semua!! Kembali lagi pada kali ni dengan pembikinan video yang lain. Ecewah >.< Nak tahu tak apa kumpulan kami buat kali ni? Kali ni kami buat video fokus tanpa wajah. Agak sukar sikit sebab saya merupakan pelakon dalam video fokus ni bersama dengan Farid.

Seperti biasa kami meeting dulu sebelum nak shoot. Takkan la nak terus shoot kan? Hahahaha. Meeting kami sentiasa malam sebab kalau siang semua sibuk dengan kelas dan tugas masing-masing. Kami memutuskan untuk memfokuskan pada bunga.


Kumpulan kami, SaPe Production telah memilih lagu Kaulah Syurga yang dinyanyikan oleh Khai Bahar dan Lia Aziz. Walaupun pada awal video tu gembira, manis je, tapi akhirnya tetap sedih. Mantaplah orang yang bagi idea ni. Sangat berpuas hati walaupun tak nampak muka tapi feel dia sampai.


Buat scene kat padang, ada juga cabaran kat situ. Tiba-tiba hujan pulak masa nak buat scene kat situ. Redah je la, masa dah renyai-renyai yang penting dapat siap dan shot pun terbaik, gitu. Hahahahah.


Jom lah saya tunjukkan sikit gambar-gambar di sebalik tabir semasa kami shoot video ni.

Cantik seorang Zana tak terkata (tak salah puji diri hahaha)


Videografer Syaqirah (depan) nampak comel kat situ ye >.<


Nak buat scene sedih tapi guna earphone untuk buat macam wayar hahahahaha


Bak kata Syaqirah "Bunga pun layu macam mana nak bahagia?"


Ni lah SaPe Production yang telah menjayakan video ni <3


Dah siap semua, jom tengok hasil video yang telah kami buat. Selamat menonton!

Pautan Video Fokus Tanpa Wajah: https://youtu.be/MFzH7J0xRrc


Kehadiran:



No comments:

Post a Comment