Wednesday, May 25, 2022

Asas Videografi: One Shot Two Layer

Assalamualaikum dan hai semua!!! Mari, hari ni saya nak cerita sikit tentang kumpulan kami bila buat video one shot two layer ni. Tugasan kali ni, prof minta kami buat video one shot two layer. Sebelum kami merakam rakaman untuk video jenis ini, sudah semestinya kami perlu mesyuarat dulu.


Yelah kan, kalau tak meeting manalah kita nak tahu apa benda yang perlu kita buat, kan? Kami melakukan meeting pada malam hari sebab tu sahaja masa yang kami ada. Kalau siang, masing-masing ada kelas dan ada yang sibuk dengan program.


Kami berbincang banyak perkara seperti pakaian yang perlu kami pakai, props yang perlu kami bawa bersama, dan tetapkan hari untuk kami merakam video tersebut. Jadi, pada hari kejadian, atau lebih tepat pada hari kami untuk merakam video, kami pergi ke Bukit Ekspo dari Kolej Canselor. Kami sempat singgah di Putra Food Court untuk membeli sarapan. Teringat akan kata-kata salah seorang ahli kumpulan, "yang penting kita makan, kalau tak mana ada mood nak record video ni". Ya, itulah kami, mengisi perut adalah penting agar tidak kelaparan.


Sampai saja di Bukit Ekspo tu, kami singgah la di pondok untuk menikmati sarapan pagi yang kami telah beli. Sarapan kami diiringi dengan lagu yang bakal kami gunakan untuk merakam video bagi mengambil suasana dan mood yang sesuai.
Hmm... Nak cakap banyak pun, mesti bosan nanti, jadi marilah tengok video one shot two layer daripada kumpulan SaPe Production ni. Selamat menonton!


Pautan Video One Shot Two Layer: https://youtu.be/bTF1eR1EhVQ


Kehadiran



No comments:

Post a Comment