Wednesday, June 15, 2022

Asas Videografi: Video Tragedi

Assalamualaikum dan hai semua!! Kembali lagi pada kali ni dengan video yang baru. Haaa, mesti nak tahu kan video apa kali ni. Hmm. Kali ni kami sekelas diberikan tugasan untuk membuat video tragedi. Kami bincang video tragedi ni pada hari yang sama kami bincang video seram. Ye la, dah diberikan dua tugasan pada hari yang sama, mestilah bincang serentak. Hehehehe.

Meeting bagi video tragedi pada 1 Jun 2022


Setelah berbincang bersama pengarah bagi video tragedi ini, kami memilih konsep psiko yang menceritakan sepasang suami isteri yang telah berkahwin, namun sang suami merupakan seorang yang psiko. Kami memutuskan untuk menjadikan Hamidah dan Ilman sebagai watak utama manakala Farid sebagai watak sampingan.


Pada hari kejadian, kami merakam video tragedi ini di perkarangan Kolej Canselor. Semasa merakan untuk video ini, Hamidah seorang yang pemalu apabila dilihat oleh kami sekumpulan, sampaikan kami memandang ke tempat lain untuk memberi ruang supaya dia fokus berlakon. Bak kata Hamidah, "berlakon tidak semudah mengarah".


Jadi, kita tahu macam mana perasaan orang yang kita lihat lakonan mereka di kaca televisyen selama ini. Mungkin inilah perasaan mereka apabila perlu berlakon. Berbalik semula kepada proses pembikinan video ni. Hamidah dan Ilman mengambil banyak take sebab ketawa. Siapa je tak ketawa kalau baru tengok wajah satu sama lain je dah tersenyum dan mula rasa nak ketawa.


Jom tengok gambar-gambar di sebalik tabir semasa pembikinan video tragedi ni. Banyak gambar untuk dijadikan kenangan pada masa depan.


Semangat para pelakon dan videografer


Pelakon utama, Hamidah dengan videografer, Syaqirah


Beban betul masalah rumah tangga ni 🤣


Zulaika buat apa kat situ?


Nak buat scene ni pun ada effort


Farid okey tak tu? Hahahahaha


Tengah fikir masalah rumah tangga ke tu Hamidah? Ke tengah fikir macam mana nak masuk luggage? 🤣


Ilman, Ilman, ni lah pelakon utama lelaki yang bawa watak psiko tu


Tu sirap je guys, jangan risau, pelakon utama kita masih tersenyum riang


Nak buat apa dengan luggage tu Ilman? 🤣


Comel je dorang ni


Alahai, comel je. Law kat belakang tu, okey tuuu? 🤣

Ha tu lah dia gambar-gambar di sebalik tabir. Nak tunjuk banyak, nanti tak tau berapa panjang pulak jadi nanti. Hahahahha. Kita tengok hasil video pula lepas ni. Pautan video tragedi kat bawah ye.


Video Tragedi: https://youtu.be/WkaOmVTOCjw


Kehadiran:





No comments:

Post a Comment