Kafeteria Kolej Canselor
Assalamualaikum dan hai semua!! Kali ni, kita nak share pasal video setempat tau. Hmmm... Prof kali ni minta kami sekelas untuk buat satu video setempat setiap orang dan mengikut kreativiti masing-masing. Jadi, saya membuat video di Kafe Kolej Canselor semasa makan tengah hari.
Hmm... Sebelum makan tu, sebenarnya mendobi dahulu sebab baju banyak nak kena cuci dan cuaca pun kadang tidak menentu. Dan setelah itu, barulah saya pergi makan tengah hari.
Pada waktu itu, saya ditemani dua rakan saya, Hamidah dan Zulaika. Mereka berdua juga kebetulan pergi mendobi bersama dan kami akhirnya bercadang untuk makan tengah hari bersama di kafe tersebut. Sudah pasti, hidangan lauk-pauk yang berlainan menjadi pilihan kami.
No comments:
Post a Comment